::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #FF1493; } ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #FF99FF; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; ::-webkit-scrollbar { height:10px; width: 15px; background-color:#FFA0C9; } ::-webkit-scrollbar-thumb { background-image:url(http://i1237.photobucket.com/albums/ff465/meerasidi/vintage-texture2.png); -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; border:1px dashed #808080; } } -->

    Categories

  • Audio
  • Chat
  • Gallery
  • Music
  • Video
  • Photo
  • Style
  • Status
  • Standard

Search

Akhlak Seorang Remaja

Jangan pernah sekalipun meletakan dunia di hatimu. Kerana kamu akan menjadi budaknya. Islam mengajarkanmu melihat kecil dunia ini kerana sesuatu yang kecil mudah dikendalikan oleh tanganmu. Jika engkau melihat besar dunia ini, maka engkau akan sulit menguasainya. Jadilah insan yang hidup menjejah dunia tetapi hatinya ada di akhirat.

  • Home
  • /
  • About us
  • /
  • Advertise
  • /
  • Contact us
  • /
  • Download

E. ADAB MENERIMA TETAMU

Dalam ajaran Islam amat menggalakkan seseorang agar 
suka menerima tetamu kerana setiap tetamu yang 
masuk ke rumah kita  membawa rahmat dan berkat.
Untuk mendapat rahmat dan berkat tersebut, 
seseorang mestilah melaksanakan adab-adab sebagai berikut : 

  • Sambutlah tetamu itu dengan perasaan tulus ikhlas  kerana Allah dan tunjukkan rasa gembira di atas kedatangannya.
  • Beri salam atau penghormatan kepada tetamu.
  • Suruh mereka duduk di tempat yang disediakan
  • Saling memperkenalkan diri jika belum mengenalinya dan tanya kan keadaan kesihatan dirinya, keluarganya dan sesiapa yang lain dianggap .
  • Apabila mereka ingin berjumpa dengan bapa , ibu atau sesiapa sahaja ,suruhlah mereka menunggu sebentar atau berilah keterangan yang jelas.
  • Layani tetamu dengan penuh kemesraan dan kasih sayang
  • Hindarilah daripada membeza-bezakan tetamu yang kaya dengan yang miskin.
  • Bercakap-cakap dengan tetamu dengan perasaan tenang dan tidak dibuat-buat.
  • Hidangkanlah makanan atau minuman kepada tetamu sekadar kemampuan.
  • Berbual- buallah dengan sesuatu yang bermanfaat.
  • Akhiri perbualan dengan membaca tasbih.
  • Hantarlah tetamu ke depan pintu serta saling mendoakan.
  • Menjemput tetamu datang lagi pada lain kesempatan.



F) ADAB DI DALAM MAJLIS

 Berhimpun di dalam satu majlis kerana tujuan kebaikan seperti majlis ilmu,  mesyuarat  dan pertemuan lainnya disukai oleh islam.  Melalui pertemuan itu akan mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim antara sesama umat islam dan menambah rasa kemesraan.  Jika seseorang ingin terlibat dalam sesuatu majlis hendaklah ia melakukan adab-adab seperti berikut :

  • Sebaiknya memberi salam jika anda datang terlambat dan bersalaman dengan  dengan semua orang yang ditemui dalam majlis.
  • Duduklah di tempat yang ditunjukkan oleh tuan rumah atau pengerusi majlis.
  • Duduklah disamping orang ramai bukan di tengah-tengah mereka.
  • Jangan duduk antara dua orang melaiklnkan dengan izin keduanya.
  • Bagi yang datang kemudian hendaklah duduk di tempat duduk yang terakhir 
  • Jangan berbisik-bisik dengan seseorang jika ada orang ketiga di dalam majlis itu
  • Apabila hendak keluar menunggalkan majlis kerana sesuatu hajat,  kemudian kembali semula maka adalah lebih baik duduk di tempat yang ia duduk sebelumnya.
  • Hendaklah memohon izin ketika hendak keluar dari suatu majlis dan membaca Tasbih Kifarah. 

E) ADAB MENUNTUT ILMU

  Umat islam dianjurkan supaya menuntut ilmu pengetahuan,  walaupun terpaksa pergi ke negara China. Dengan ilmu pengetahuan akan mengangkat kedudukan serta darjat seseorang.  Untuk memperolehi ilmu pengetahuan yang banyak dan penuh berkat,  para penuntut mestilah melaksanakan adab-adab menuntut ilmu tersebut
  • Ketika memulai pelajaran hendaklah dimulakan dengan berdoa  , semoga Allah sentiasa memberikan hidayah dan berkat dalam usaha yang dilakukan.
  • Niatkqn setiap langkah yang diayun semata - mata mencari keredhaan Allah. 
  •  Minta izin dari pada ibu bapa terlebih dahulu sebelum melangkah untuk menuntut ilmu.
  •  Salam  dan cium tangan ibu bapa ketika ingin berangkat ke sekolah.
  •  Sentiasa mengharap doa daripada ibu bapa agar ilmu yang diperolehi itu penuh keberkatan.  
  •  Memberi tumpuan sepenuhnya kepada ilmu yang diajar 
  •  Elakkan daripada bertanya ketika guru sedang menerangkan pelajaran dan minta izin lah terlebih dahulu jika ingon mengakukan pertanyaan.
  • Taati segala perintah guru selagi perintah itu tidak bercanggah dengan Islam.  

D) ADAB PERGAULAN LELAKI DAN PEREMPUAN

 Di dalam Al-quran  dan hadis banyak terdapat pearturan peraturan berkaitan pergaula antara lelaki dan perempuan.  Peraturan tersebut mencakupi :

  • Lelaki tidak boleh meniru pakaian perempuan begitu juga sebaliknya perempuan tidak boleh meniru pakaian lelaki.
  • Perempuan tidak boleh mempamerkan kecantikan tubuh badan nya di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya.
  • Perempuan dan lelaki ketika keluar rumah hendaklah menutup aurat
  • Lelaki dilarang melihat aurat sesamanya demikian juga perempuan dilarang meilhat aurat perempuan lain.
  • Lelaki tidak boleh meilhat aurat perempuan dan perempuan tidak boleh melihat aurat lelaki kecuali dalam keadaan darurat. 
  • Lelaki.tidak boleh berjalan dengan perempuan lain tanpa disertai oleh muhrimnya.
  • Janganlah lelaki memandang perempuan dengan pandangan menggoda dan menimbulkan fitnah begitu juga sebaliknya.
  • Lelaki dan perempaun jangan mengunjungi tempat-tempat hiburan yang berunsur maksiat.
  • Pelihara akhlak mulia dengan cara menjauhkan diri dari berteman dengan orang yang tidak memiliki budi pekerti yang baik. 


C) ADAB MEMILIH SAHABAT

  Kita digalakkan mencari teman sebanyak-banyaknya . Teman yang dicari mestilah yang memiliki budi pekerti yang baik sehingga boleh memberi manfaat kepada diri,  keluarga,  masyarakat dan ummah. Sebaliknya agama islam melarang seseorang mencari teman yang mempunyai budi pekerti yang buruk ,  kerana boleh merosakkan hubungan persaudaraan. Islam meletakkan asas-asas memilih sahabat sebagai berikut :


  • Pilihlah sahabat yang cerdik dan mempunyai akhlak yang baik sama ada hubungan dengan  Allah mahupun dengan manusia
  • Carilah sahabat yang suka mendekatkan diri kepada Allah dengan cara rajin beribadah dan meninggalkan perbuatan mungkar
  • Pilihlah sahabat yang mahu membantu di waktu susah dan senang
  • Elakkan dari teman yang sentiasa mendorong kita melakukan perbuatan fasik
  • Hindari sahabat yang malas dalam segala perkara samada membuat aktiviti sekolah atau pun rumah
  • Pilihlah sahabat yang suka memaafkan kesalahan dan kesilapan orang lain.
  • Pilihlah sahabat yang mahu memberi nasihat apabila kita melakukan kesalahan.
  • Pilihlah sahabat yang sabar dalam menerima cabaran hidup.

B) ADAB BERSAMA GURU

Di dalam islam kedudukan guru adalah sangat tinggi dan mulia.  Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika tiada guru,maka manusia akan menjadi insan yang tidak berguna bagaikan haiwai lantatan tidak memperoleh bimbingan dan pengajaran. Oleh sebab itu,  sesiapa yang memuliakan guru beertu dia memuliakan rasul dan sesiapa yang memuliakan rasul beerti dia telah memuliakan Allah SWT. Maka syurga lah tempatnya.

Diantara adab bersama guru ialah :
  • Memberi salam dan sentiasa hormat terhadap guru
  • Duduk dengan sopan dan sentiasa tenang 
  • Jika ingin bertanya, hendaklah meminta izin terlebih dahulu
  • Cari masa yang sesuai untuk bertanya
  • Hindari dari menyinggung perasaan guru
  • memberi bantuan terhadap mereka sesuai dengan kemampuan
  • Lakukanlah apa yang disenangi guru
  • Bercakap dengan mereka menggunakan bahasa yang baik
  • Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru

Pengorbanan Ibu Bapa


Home Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)

Follow Us

Were this world an endless plain, and by sailing eastward we could for ever reach new distances

hai pemuda pemudi islam

Pages

  • Home

Followers

My Blog List

  • Traveling Girl
  • Belajar Membuat Dessert
    MUFFIN CHOCOLATE
  • 1 2 3 SIAP !
    minum petang bersama keluarga :)
  • Keamanan Dunia
    Dunia mungkin menghadapi kekurangan makanan
  • Queen of Dai'e ��
    PART 10 : What is Hedonisme? 😨
  • Football
    How to Take a Free Kick
  • Journey of Life
    PYGMY ELEPHANT OF BORNEO
  • Fish Research
    Ikan di Dasar Laut
  • sirradhigallery.blogspot.com/
LET'S VISIT

Popular Posts

    Cara Mentaati Ibubapa Yang Disayangi
    Cara Mentaati Ibubapa  Yang Disayangi  iaitu :  patuh pada setiap suruhan ibubapa yang tidak bertentangan dengan islam tidak membantah a...
    (no title)
    Cara Terbaik Menghormati Ibubapa iaitu : memiliki adab yang baik dengan bersopan santun,  seperti  bercakap baik,  lemah lembut,  ...
    E. ADAB MENERIMA TETAMU
    Dalam ajaran Islam amat menggalakkan seseorang agar  suka menerima tetamu kerana setiap tetamu yang  masuk ke rumah kita  membawa rahmat d...
    A . ADAB MENGHORMATI IBU BAPA
    Ag ama Islam meletakkan kedudukan ibu bapa nombor 3 setelah Allah SWT dan Rasulullah SAW . Perkara ini menunjukkan betapa pentingnya dan ...
    C) ADAB MEMILIH SAHABAT
      Kita digalakkan mencari teman sebanyak-banyaknya . Teman yang dicari mestilah yang memiliki budi pekerti yang baik sehingga boleh memberi ...
    Pengorbanan Ibu Bapa
    (no title)
    Keutamaan Menghormati IbuBapa iaitu : Berbakti kepada ibubapa lebih utama daripada solat sunat,  sedekah,  puasa,  haji  , umrah dan jiha...
    F) ADAB DI DALAM MAJLIS
     Berhimpun di dalam satu majlis kerana tujuan kebaikan seperti majlis ilmu,  mesyuarat  dan pertemuan lainnya disukai oleh islam.  Melalui p...
    B) ADAB BERSAMA GURU
    Di dalam islam kedudukan guru adalah sangat tinggi dan mulia.  Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika tiada guru,maka manusia ak...
    E) ADAB MENUNTUT ILMU
      Umat islam dianjurkan supaya menuntut ilmu pengetahuan,  walaupun terpaksa pergi ke negara China. Dengan ilmu pengetahuan akan mengangkat ...
Copyright © 2013 Akhlak Seorang Remaja Blogger Templates Created by : ThemeXpose