B) ADAB BERSAMA GURU

Di dalam islam kedudukan guru adalah sangat tinggi dan mulia.  Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika tiada guru,maka manusia akan menjadi insan yang tidak berguna bagaikan haiwai lantatan tidak memperoleh bimbingan dan pengajaran. Oleh sebab itu,  sesiapa yang memuliakan guru beertu dia memuliakan rasul dan sesiapa yang memuliakan rasul beerti dia telah memuliakan Allah SWT. Maka syurga lah tempatnya.

Diantara adab bersama guru ialah :
  • Memberi salam dan sentiasa hormat terhadap guru
  • Duduk dengan sopan dan sentiasa tenang 
  • Jika ingin bertanya, hendaklah meminta izin terlebih dahulu
  • Cari masa yang sesuai untuk bertanya
  • Hindari dari menyinggung perasaan guru
  • memberi bantuan terhadap mereka sesuai dengan kemampuan
  • Lakukanlah apa yang disenangi guru
  • Bercakap dengan mereka menggunakan bahasa yang baik
  • Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru

1 comment: