F) ADAB DI DALAM MAJLIS

 Berhimpun di dalam satu majlis kerana tujuan kebaikan seperti majlis ilmu,  mesyuarat  dan pertemuan lainnya disukai oleh islam.  Melalui pertemuan itu akan mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim antara sesama umat islam dan menambah rasa kemesraan.  Jika seseorang ingin terlibat dalam sesuatu majlis hendaklah ia melakukan adab-adab seperti berikut :

  • Sebaiknya memberi salam jika anda datang terlambat dan bersalaman dengan  dengan semua orang yang ditemui dalam majlis.
  • Duduklah di tempat yang ditunjukkan oleh tuan rumah atau pengerusi majlis.
  • Duduklah disamping orang ramai bukan di tengah-tengah mereka.
  • Jangan duduk antara dua orang melaiklnkan dengan izin keduanya.
  • Bagi yang datang kemudian hendaklah duduk di tempat duduk yang terakhir 
  • Jangan berbisik-bisik dengan seseorang jika ada orang ketiga di dalam majlis itu
  • Apabila hendak keluar menunggalkan majlis kerana sesuatu hajat,  kemudian kembali semula maka adalah lebih baik duduk di tempat yang ia duduk sebelumnya.
  • Hendaklah memohon izin ketika hendak keluar dari suatu majlis dan membaca Tasbih Kifarah. 

1 comment: